Pasaran saham tempatan berpotensi meningkat
PASARAN saham tempatan masih berpotensi meningkat dengan penanda aras utamanya mampu mencecah 1,648 mata tahun ini meskipun berlaku penurunan mendadak ketika ini sejajar kejatuhan di pasaran saham Asia susulan langkah beberapa bank pusat menaikkan kadar faedah yang dikhuatiri boleh menggugat pertumbuhan ekonomi dan pendapatan korporat.
OSK Reserch Sdn Bhd berkata, di sebalik penurunan ketika ini, nilai wajar pasaran saham tempatan tahun ini kekal pada 1,648 mata berdasarkan nisbah harga perolehan (PER) 16 kali.
OSK Research menjangkakan paras sokongan semasa bagi FBM KLCI adalah 1,474, manakala dalam keadaan terburuk paras sokongan kukuh adalah 1,378 mata.
Katanya, sentimen negatif semasa menyaksikan kebanyakan saham Asia menjunam ekoran aktiviti pengambilan untung yang menyeluruh.
“Pelabur cenderung bertindak balas keterlaluan terhadap sesuatu arah aliran pasaran. Namun keadaan itu hanya sementara,” katanya.
OSK Research yakin pelabur asing akan terus memasuki pasaran Asia termasuk Malaysia susulan kedudukan kecairan tinggi khususnya di negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
“Kami yakin dengan kadar kecairan tinggi di AS dan Eropah, mereka akan kembali ke Asia menjelang pertengahan tahun ini.
“Ia ekoran prospek pertumbuhan di Asia kekal baik walaupun berdepan senario kadar faedah yang meningkat bagi mengekang inflasi berbanding AS dan Eropah, ” katanya.
Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank-IB), berkata kelemahan pasaran membuka peluang kepada pelabur membeli kaunter berpotensi pada harga rendah.
“Kami lebih memilih kaunter minyak dan gas seperti MMHE, Kencana dan SapCrest. Sementara itu kaunter seperti MAHB, WCT dan Notion Vtech dijangka melaporkan keputusan korporat melebihi jangkaan, Kami juga menggemari Petronas Chemicals dan Hartalega,” katanya.
Oleh Mohd Zaky Zainuddin

“Kami terus mencadangkan belian ke atas kaunter perbankan berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara, walaupun masih kurang positif terhadap sektor barangan pengguna susulan margin keuntungan yang mengecil. “Sektor minyak dan gas, pembinaan, hartanah kekal antara belian terbaik susulan Program Transformasi Ekonomi (ETP),” katanya.
OSK Research menjangkakan paras sokongan semasa bagi FBM KLCI adalah 1,474, manakala dalam keadaan terburuk paras sokongan kukuh adalah 1,378 mata.
Katanya, sentimen negatif semasa menyaksikan kebanyakan saham Asia menjunam ekoran aktiviti pengambilan untung yang menyeluruh.
“Pelabur cenderung bertindak balas keterlaluan terhadap sesuatu arah aliran pasaran. Namun keadaan itu hanya sementara,” katanya.
OSK Research yakin pelabur asing akan terus memasuki pasaran Asia termasuk Malaysia susulan kedudukan kecairan tinggi khususnya di negara Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
“Kami yakin dengan kadar kecairan tinggi di AS dan Eropah, mereka akan kembali ke Asia menjelang pertengahan tahun ini.
“Ia ekoran prospek pertumbuhan di Asia kekal baik walaupun berdepan senario kadar faedah yang meningkat bagi mengekang inflasi berbanding AS dan Eropah, ” katanya.
Sementara itu, Maybank Investment Bank (Maybank-IB), berkata kelemahan pasaran membuka peluang kepada pelabur membeli kaunter berpotensi pada harga rendah.
“Kami lebih memilih kaunter minyak dan gas seperti MMHE, Kencana dan SapCrest. Sementara itu kaunter seperti MAHB, WCT dan Notion Vtech dijangka melaporkan keputusan korporat melebihi jangkaan, Kami juga menggemari Petronas Chemicals dan Hartalega,” katanya.
Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Comments
Post a Comment