MAIWP kutip zakat RM22 juta
ARKIB : 22/02/2009
Punca: Utusan Online
PUTRAJAYA 21 Feb. – Kutipan zakat di Wilayah Persekutuan meningkat sebanyak 15 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 20 Februari lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu walaupun negara turut menerima tempias krisis ekonomi global.
Pengurus Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Mohd. Rais Alias berkata, bagi tempoh itu sebanyak RM22 juta sudah dikumpulkan daripada pembayar dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Bagaimanapun, katanya, PPZ hanya menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM200 juta daripada 78,000 pembayar pada tahun ini walaupun jumlah kutipan yang dicatatkan pada tahun lalu adalah sebanyak RM206.5 juta.
‘‘Walaupun kemelut ekonomi melanda negara, pembayaran zakat amat baik dan tidak ada penurunan berlaku setakat ini.
‘‘Bagaimanapun kami tidak meletakkan sasaran tinggi pada tahun ini kerana kesan krisis ekonomi dijangka berlaku pada suku ketiga tahun ini,” katanya selepas merasmikan kejohanan Boling Anjuran PPZ-MAIWP bersama institusi Kewangan Islam dan Takaful di sini hari ini.

Comments
Post a Comment